Monday, 25 January 2016

CARA PENANAMAN TANAMAN MELON

                       PENANAMAN TANAMAN MELON


     
          
          
             Penanaman tanaman melon akan dibuat berdasarkan penanaman tanpa tanah ( soiless ) dengan menggunakan habuk kelapa ( cocopeat ) dan bukannya tanah semula jadi. Pembajaan pula dilakukan melalui sistem fertigasi iaitu satu cara yang berbeza berbanding perladangan terbuka. Rentetan kerja-kerja penuaian ialah pengurusan jangka hayat, penggredan, pembungkusan dan pelabelahan tanaman melon.

            Kaedah penanaman yang sesuai untuk tanaman melon adalah tanaman fertigasi dalam struktur pelindung hujan. Contohnya penanaman di dalam rumah hijau (greenhouse). Kaedah fertigasi ini digunakan kerana dapat memberi manfaat kepada tanaman melon. Antaranya adalah air dan nutrien dapat disatukan, keperluan nutrien untuk tumbuhan dapat dikawal, penyiraman serentak dan berjadual dan kawasannya sangat bersih dan kemas untuk penanaman tanaman melon.

            Tanaman ini boleh ditanam di Malaysia dan kaedah yang paling popular yang boleh menjadikannya lebih mudah, ringkas dan terancang ialah Fertigasi.



   
 Antara kaedah yang diperlukan untuk penanaman ialah :

  1. Kaedah tanaman          : Fertigasi
  2. medium tanaman         : cocopeat
  3. pembajaan / siraman    : siraman / aturan baja, berjadual
  4. tempoh semaian           : 9 hari
  5. tempoh matang / petik : 66 hari
  6. saiz buah                      : 1.4 kg - 2.5 kg
  7. kemanisan buah           : 12 - 16 ukuran Brix  


    CARA PENANAMAN MELON
  1. Kepekatan baja sentiasa bertambah setiap minggu dari 1.5cm hingga lebih 3.8cm
  2. Pada umur seminggu, getu pucuk utama untuk menggalakkan cabang dan banyak daun
  3. Pada umur 20-25 hari di ladang, kepekatan lebih 2.0cm lebih baik tambah kalsium.
  4. Pada umur 20-25 hari, sapu pangkal batang dengan racun kulat untuk mengelakkan gummy stem.
  5. Pada umur 20-25 hari boleh juga cucuk pangkal batang dengan lidi atau pencungkil gigi.
  6. Pada hari 26-30, kawinkan bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar di ladang. 
  7. Lakukan berturut-turut dan buatkan kepada semua bunga betina yang keluar waktunya antara pukul 7:30-11:00 pagi.
  8. Pada umur 38-45 hari, buat pemilihan buah yang sama besar sahaja. Tinggalkan 2-4 biji sepokok.
  9. Buah yang lain di buang. Jumlahkan buah yang dibekalkan bergantung kepada bilangan daun yang subur dan sihat.
  10. Buah tersebut boleh dicelupkan dengan GA ( Gaberilic Acid ) bertujuan untuk menjadikan buah itu lebih besar.
  11. Pada umur 30-60 hari, kahwin dengan awal, buah ada peluang untuk membesar dengan lebih lama.
  12. Ingat daun subur dan sihat merupakan kilang untuk membuat makanan kepada pokok tersebut. Lebih banyakkan daun mampu besarkan buah dan tampung keperluan pembesaran buah.
  13. Pada 7-10 hari sebelum memunguthasil, pekatkan baja lebih kurang 3-8cm dengan Hi-K untuk menambahkan lagi kemanisan buah.  

No comments:

Post a Comment