Monday, 25 January 2016

CIRI-CIRI TANAMAN MELON

           CIRI-CIRI TANAMAN MELON




CARA PENANAMAN TANAMAN MELON

                       PENANAMAN TANAMAN MELON


     
          
          
             Penanaman tanaman melon akan dibuat berdasarkan penanaman tanpa tanah ( soiless ) dengan menggunakan habuk kelapa ( cocopeat ) dan bukannya tanah semula jadi. Pembajaan pula dilakukan melalui sistem fertigasi iaitu satu cara yang berbeza berbanding perladangan terbuka. Rentetan kerja-kerja penuaian ialah pengurusan jangka hayat, penggredan, pembungkusan dan pelabelahan tanaman melon.

            Kaedah penanaman yang sesuai untuk tanaman melon adalah tanaman fertigasi dalam struktur pelindung hujan. Contohnya penanaman di dalam rumah hijau (greenhouse). Kaedah fertigasi ini digunakan kerana dapat memberi manfaat kepada tanaman melon. Antaranya adalah air dan nutrien dapat disatukan, keperluan nutrien untuk tumbuhan dapat dikawal, penyiraman serentak dan berjadual dan kawasannya sangat bersih dan kemas untuk penanaman tanaman melon.

            Tanaman ini boleh ditanam di Malaysia dan kaedah yang paling popular yang boleh menjadikannya lebih mudah, ringkas dan terancang ialah Fertigasi.



   
 Antara kaedah yang diperlukan untuk penanaman ialah :

  1. Kaedah tanaman          : Fertigasi
  2. medium tanaman         : cocopeat
  3. pembajaan / siraman    : siraman / aturan baja, berjadual
  4. tempoh semaian           : 9 hari
  5. tempoh matang / petik : 66 hari
  6. saiz buah                      : 1.4 kg - 2.5 kg
  7. kemanisan buah           : 12 - 16 ukuran Brix  


    CARA PENANAMAN MELON
  1. Kepekatan baja sentiasa bertambah setiap minggu dari 1.5cm hingga lebih 3.8cm
  2. Pada umur seminggu, getu pucuk utama untuk menggalakkan cabang dan banyak daun
  3. Pada umur 20-25 hari di ladang, kepekatan lebih 2.0cm lebih baik tambah kalsium.
  4. Pada umur 20-25 hari, sapu pangkal batang dengan racun kulat untuk mengelakkan gummy stem.
  5. Pada umur 20-25 hari boleh juga cucuk pangkal batang dengan lidi atau pencungkil gigi.
  6. Pada hari 26-30, kawinkan bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar di ladang. 
  7. Lakukan berturut-turut dan buatkan kepada semua bunga betina yang keluar waktunya antara pukul 7:30-11:00 pagi.
  8. Pada umur 38-45 hari, buat pemilihan buah yang sama besar sahaja. Tinggalkan 2-4 biji sepokok.
  9. Buah yang lain di buang. Jumlahkan buah yang dibekalkan bergantung kepada bilangan daun yang subur dan sihat.
  10. Buah tersebut boleh dicelupkan dengan GA ( Gaberilic Acid ) bertujuan untuk menjadikan buah itu lebih besar.
  11. Pada umur 30-60 hari, kahwin dengan awal, buah ada peluang untuk membesar dengan lebih lama.
  12. Ingat daun subur dan sihat merupakan kilang untuk membuat makanan kepada pokok tersebut. Lebih banyakkan daun mampu besarkan buah dan tampung keperluan pembesaran buah.
  13. Pada 7-10 hari sebelum memunguthasil, pekatkan baja lebih kurang 3-8cm dengan Hi-K untuk menambahkan lagi kemanisan buah.  

Sunday, 24 January 2016

Asal Usul Buah Melon

                                     ASAL USUL BUAH MELON

            Melon atau dikenali sebagai (Cucumis melo L.Varcantalupensis) saat ini merupakan salah satu buah yang banyak disediakan dalam setiap jamuan makan sebagai hidangan pencuci mulut. Rasa melon yang khas, iaitu manis, legit, dan aromanya khas menjadikan buah ini semakin digemari hampir segenap lapisan masyarakat.


    
       
         Pada saat cuaca panas , terutama di musim kemarau, buah melon mudah ditemui. Bahkan sekarang penjaja buah dingin selalu menyediakan buah melon sebagai salah satu buah daganganya.

         Menurut Asal-usulnya, konon tanaman melon berasal dari daerah Mediterania yang merupakan sempadan antara Asia Barat dengan Eropah dan Afrika. Secara khususnya ada yang menyebutkan bahawa melon berasal dari lembah persia (Syiria). Tanaman ini kemudian menyebar luas ke Timur Tengah dan merambah ke Eropah (Denmark,Belanda, dan Jerman). Dari Eropah , melon dibawa ke Amerika pada abad ke-14 dan ditanam secara luas di daerah Colorado, California, dan Texas. Akhirnya, tanaman melon menyebar ke segala penjuru dunia, terutama pada daerah tropis dan subtropis mulai dari jepang , china, taiwan, korea, Australia, hingga berkembang di Indonesia. 

        
         Berdasarkan beberapa catatan yang ada, melon diketahui sebagai tanaman buah yang aslinya berasal dari daratan Afrika. Namun dalam beberapa literatur lain, disebutkan juga bahwa tanaman melon berasal dari daerah Asia Barat. Pusat penyebaran buah melon dimulai di daratan Eropah sejak awal masihi, lalu kemudian menyebar ke benua Amerika, dan dari sana selanjutnya menyebar ke seluruh dunia.

         

Saturday, 23 January 2016

                      NUR INTAN IDAYU BINTI NASFU


           Nama saya Nur Intan Idayu binti Nasfu. Saya berumur 19 tahun. Saya belajar di Politeknik Jeli, Kelantan. Saya tinggal di Kampung Bukit Lakota,Jeli Kelantan. Saya mempunyai 7 orang adik beradik.Saya merupakan anak ke 4.Saya bercita cita untuk menjadi seorang doktor pokok yang berjaya yang dapat mengkaji jenis pokok yang tiada di Malaysia.

           Saya berminat dalam ilmu pertanian sejak kecil lagi kerana mengikuti jejak keluarga yang mempunyai minat dalam bidang pertanian. Sya meminati keindahan alam semulajadi yang kehijauan kerana ia melambangkan kedamaian. 

          Semasa saya di sekolah menengah saya telah mengambil subjek Sains Pertanian. Dari situ saya telah belajar mengenai ilmu pertanian yang luas. Secara tidak langsung saya dapat mengetahui cara membuat compost, cara pengendalian bahan pertanian, racun serangga dan pengawalan penyakit dan perosak.

          Saya juga pernah menyertai khusus pertanian khas untuk pelajar pertanian untuk meningkatkan lagi ilmu pertanian. Seperti yang kita tahu pertanian amat penting dalam kehidupan. Kami diajar cara meningkatkan lagi bidang pertanian dengan meluaskan sektor pertanian hingga ke peringkat antarabangsa. ekonomi negara juga dapat ditingkatkan dengan adanya ilmu pertanian yang mantap. 
                                NUR NAZIHAH BINTI A'JIZI



         Nama saya Nur Nazihah binti A' Jizi. Saya berumur 19 tahun. saya belajar di Politeknik Jeli,Kelantan. Saya berasal dari Kelantan. Saya tinggal di Kampung Peria, Kuala Krai ,Kelantan. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik .Saya merupakan anak ke-3. 
      
         Saya memilih kos Agroteknologi kerana saya meminati alam sekitar yang kehijauan. Apabila saya tamat pengajian saya ingin menjadi seorang petani moden yang berjaya yang boleh mengexportkan tanaman saya ke luar negara. Saya meminati bahagian industri kerana ia dapat menambahkan pengalaman saya. Kekurangan saya dalam kos ini saya tidak mahir dalam makmal yang berkaitan dengan mikrob.




Friday, 22 January 2016

LATAR BELAKANG AHLI KUMPULAN

                                      SITI NOR SYAMIMI BINTI MUHAFA






        Nama saya Siti Nor Syamimi binti Muhafa. Biasanya orang panggil saya Mimi. Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Nama kampung saya ialah Kampong Kenor, Kuala Krai Kelantan.  Saya belajar di Politeknik Jeli ,Kelantan.. Saya memilih kos Agroteknologi kerana  Agroteknologi adalah jurusan baru bagi ilmu pertanian yang lebih kompleks. Selain itu, Agroteknologi juga mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas bagi saya pada masa yang akan datang.